Kellyanne Conway
Kellyanne Conway

Kellyanne Conway

Kellyanne Elizabeth Conway (née Fitzpatrick; lahir 20 Januari 1967) ialah aktivis politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Penasihat Presiden Donald Trump. Beliau merupakan pengurus kempen, ahli strategi, dan pencemar pendapat Parti Republikan. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai presiden dan CEO The Polling Company Inc./Woman Trend.[1]Pada tahun 2016, Conway menyokong Ted Cruz dalam pemilihan pendahuluan presiden Parti Republik dan menerajui panel aksi politik pro-Cruz, Keep the Promise I; panel tersebut menyebarkan iklan yang mengkritik capres saingannya, Donald Trump.[2][3] Pada 1 Julai 2016, setelah Cruz mengakhiri kempennya, Trump melantik Conway sebagai penasihat kanan untuk kempennya. Conway dilantik sebagai pengurus kempen pada 19 Ogos 2016 selepas Paul Manafort mengundurkan diri.[4][5] Beliau menjadi pengurus kempen Trump selama dua setengah bulan sehingga pilihan raya pada 8 November 2016. Beliau merupakan wanita pertama yang berjaya menjalankan kempen presiden.[6] Pada 22 Disember 2016, Trump yang ketika itu berkhidmat sebagai bakal presiden melantik Conway sebagai Penasihat Presiden.[7]

Rujukan

WikiPedia: Kellyanne Conway http://www.businessinsider.com/ted-cruz-super-pac-... http://www.cosmopolitan.com/politics/news/a62994/k... http://www.nj.com/politics/index.ssf/2016/11/whats... http://www.politico.com/story/2016/10/trumps-campa... http://www.politifact.com/personalities/kellyanne-... http://pollingcompany.com/about/kellyanne/ http://www.pollingcompany.com/ http://thehill.com/blogs/ballot-box/presidential-r... http://theweek.com/speedreads/660809/kellyanne-con... http://www.wlrk.com/GTConway/